Blog ini bakal merekodkan usaha saya untuk mengumpul sebanyak RM1 juta menerusi pelaburan dalam forex. Saya akan menggunakan beberapa teknik yang akan saya catatkan sebagai panduan untuk melihat sejauhmana keberkesanan teknik tersebut.
Usaha mengenali bidang forex ini bermula sejak Disember 2006, di mana saya mula diperkenalkan kepada bidang ini oleh seorang kawan. Sejak dari tarikh itu, saya mula tertarik untuk mendalami dan mempelajari cara-cara berkesan untuk melabur dalam Forex ini. Pelbagai panduan, baik melalui forum, belajar dengan beberapa individu mahupun membeli e-book atau DVD mengenainya.. namun, saya masih gagal menemui formula yang benar-benar berkesan untuk berjaya dalam bidang ini.
Untuk berjaya dalam Forex, anda bukan sahaja perlu mempelajari beberapa teknik mengenainya, tetapi yang lebih penting adalah mengawal disiplin dan emosi ketika beurusniaga. Untuk membentuk diri menjadi trader yang cukup matang, ia memakan masa yang panjang.. Saya masih dalam proses tersebut.. dan blog ini akan merekodkan proses jatuh bangunnya.
Target saya, untuk mencapai RM1 juta (lebih kurang USD330k) melalui pelaburan Forex ini.. Saya telah bermula dengan melabur beberapa kali sejak 2006.. Namun setelah untung dan rugi, akhirnya balance saya tinggal jadi kosong semula.. hahaha. Macam2 broker telah saya cuba, bermula dengan Marketiva, kemudian FXDD, Crown Forex, ForexOpen, dan terkini FXCM.
Mulai esok.. saya akan meneruskan perjalanan menuju jutawan dengan modal USD59. Saya akan menggunakan platform FXCM Microlot sebagai broker. Saya akan berkongsi teknik2 yang saya gunakan, mudah-mudahan ia dapat membantu saya dan pembaca yang berminat.
InsyaAllah, dengan pertolongan Allah.. Tuhan yang memberikan rezeki kepada hambaNya, saya akan gandakan modal saya sebanyak beribu kali ganda.... Sama-sama kita doakan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment