Semalam, Jumaat 2 Oktober 2009, merupakan hari bermula Road to Juta ini.. dan permulaannya Alhamdulillah.. cukup baik. Daripada x post saya masuk, semuanya hijau kecuali 2 post. Dapatlah dalam USD30++.. bagi akaun kecil bermodal sebanyak almost USD60, ia adalah peningkatan 50% daripada modal asal.
Hari Jumaat merupakan hari terakhir sebelum pasaran mingguan ditutup. Berdasarkan prestasi saya sebelum ini, pergerakan harga hari Jumaat sering memberi masalah kepada saya.Tetapi, semalam saya dapat membacanya dengan baik. Bermula dengan news NFP, yang membuat gerakan bearish kepada GU dan EU, ia kemudian reverse dan kekal bullish untuk beberapa jam. Ketika bullish itu saya berjaya masuk beberapa position scalping. Saya katakan kepada rakan yang sama-sama trading dalam chat - semalam adalah hari Jumaat yang istimewa buat saya. Mungkin sebab saya memilih hari Jumaat untuk memulakan langkah Road to Juta saya kali ini.. (entah sudah kali ke berapa ekspedisi Road to Juta ini sudah saya lancarkan.. hahaha)
Ada beberapa perkara penting yang saya capai semalam :
1. Saya confident dengan teknik dan indikator scalping saya. Bacaan saya terhadap indikator dan teknik membacanya, tepat mengikut telahan yang dibuat. Signal yang diterima dapat diterjemahkan kepada pip hijau dengan peratus kejayaan yang tinggi. Apabila ini berlaku, kadar stress diri akan berkurangan, dan menimbulkan keyakinan untuk meneruskan trading.
2. Teknik membaca news NFP saya telah diperbaiki. Kali ini saya hanya akan masuk pasaran setelah 15-20 minit news NFP keluar - iaitu apabila sudah ada 3 candle 5M. Candle pertama selalu melihatkan gerakan mengejut - boleh capai hingga 100-150 pip. Tunggu hingga candle kedua dan ketiga, sama ada price terus bergerak melebihi top atau bottom candle pertama.
Apa yang jadi semalam, price turun sehingga about 100pip. Tapi pada candle kedua price retrace, dan pada candle ketiga sudah melebihi top candle pertama. Tapi price kemudian retrace ke bawah semula untuk beberapa ketika dalam 20pip, sebelum terus break top pada candle ke7 atau ke8. Ketika ini saya scalping EU dan GU.
3. Saya semakin selesa dengan platform ECN. Ia memang sesuai untuk scalpers. Setakat ini saya hanya menggunakan spot action. Mungkin saya boleh mula explore pending ordernya, untuk buat teknik news trapping pula.
Apa pun, syukur kepada Allah.. saya berpuas hati dengan prestasi hari pertama. Harapnya prestasi ini dapat diteruskan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment