Friday, October 2, 2009

Cara Saya

Teknik saya memasuki pasaran adalah mudah sahaja. Saya gunakan teknik scalping. Scalping adalah teknik mengambil untung sikit-sikit. Apabila masuk mana-mana position, saya akan cuba close secepat mungkin apabila position mula menunjukkan keuntungan yang dihajati. Target setiap position adalah dalam 5-10 pip sahaja.

Teknik ini sesuai menggunakan platform ECN, berbanding Metatrader. Ini kerana ECN memberikan spread yang kecil. Bagi FXCM Microlot, average spread adalah antara 1.5 hingga 2.5 pip bagi major pair seperti EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, USD/CHF, dsb. Di platform ECN, transaksi untuk close and open position juga jauh lebih pantas daripada Metatrader. Ia sangat penting bagi scalpers, kerana perubahan harga pada setiap detik memberi makna yang besar.

Namun, paltform ECN juga mempunyai kelemahan. Yang ketara adalah ia tidak mempunyai kemudahan graf yang baik. Kebanyakkan indicator telah dicipta menggunakan platform Metatrader, menyebabkan platform ECN agak ketinggalan dalam aspek itu. Untuk menampung kekurangan ini, saya menggunakan kedua-kedua platform ini ketika membaca dan memasuki pasaran. Saya akan melakarkan carta dan indicator saya di platform Metatrader. Bila terdapat signal-signal memasuki pasaran, saya akan masuk position diplatform ECN.

Target harian saya adalah untuk mencapai sekitar 5%-10% profit sehari. Dengan teknik scalping ini, saya perlu masuk 4-5 position sehari untuk mencapai target saya. Selalunya saya menggunakan carta M5 dan M15 untuk melihat trend pasaran. Sebelum mengambil position, saya akan masuk carta M1 untuk pastikan momentum harga masih ke arah yang saya mahu (long atau short).

Pair kegemaran saya adalah GBP/USD dan EUR/USD. Pair lain adalah NZD/USD, AUD/USD, USD/JPY dan USD/CHF. Waktu paling baik menggunakan teknik scalping adalah ketika London open. Cuma itulah waktu office hours, susah sikit la nak masuk pasaran. Apapun, trade pada waktu bermula 1ptg hingga 11mlm agak OK untuk scalpers. Ada juga traders yang suka scalp waktu pagi, terutama untuk pair NZD/USD dan AUD/USD.

Maksimum pelaburan saya akan menggunakan 50% - 60% daripada modal – itupun selalunya apabila terpaksa melakukan gerakan recovery. Average dalam 30% sahaja. Dengan FXCM Microlot, dengan leverage 1:400 bagi minimum 1 lot, setiap 1 pip bernilai USD 0.10.

Dengan modal saya yang berjumlah USD50 sahaja ini, saya akan buka position dengan kadar 5 lot. Ini bermakna perubahan setiap pip adalah bernilai USD0.50 dengan menggunakan modal sebanyak USD12.5. TP bagi setiap position adalah sekitar 5-10pip bergantung kepada sejauhmana aktifnya gerakan pair tersebut.

Hmm.. lebih kurang begitulah teknik saya memasuki pasaran Forex ini. Road to Juta continues....

No comments: